Tuesday, March 31, 2009

Perkhemahan Maju dan Keris Perak


Perkhemahan Lencana Maju dan Keris Perak akan diadakan pada 3 hingga 5 April ini. Kepada semua pemimpin serta ahli kelana di Perak Tengah ini dapat hadir untuk membantu. Perkhemahan ini berlangsung di tapak perkhemahan daerah dan juga negeri iaitu Kem Kota, Layang-layang Kiri.  

Perkhemahan Pentarafan Diraja

Pada 26 hingga 29 Mac yang lepas, satu perkhemahan telah berlangsung di Kem Kota, Layang-layang Kiri. Perkhemahan tersebut adalah Perkhemahan Pentarafan Diraja Peringkat negeri Perak. Oleh itu, Kelana Perak Tengah iaitu Kelana Angkasa telah dipanggil untuk membantu bagi melicinkan pengurusan dari segi teknikal dan sebagainya. Segala usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua krew Kelana Angkasa diucapkan ribuan terima kasih. Dengan itu, slogan pengakap kelana dapat dicapai. “BERKHIDMAT” 

Kelana Perak Tengah dan Batang Padang

Yus dan Tuan Badrul

Tapak perkhemahan

Yap,Kelana Batang Padang dan Tuan Badrul

Krew Kelana Angkasa

Monday, March 30, 2009

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Pengakap Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

Segalanya terletak di tangan anda.

Program Latihan Pengakap Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:

» Perkhidmatan

» Sosial

» Cabaran luar

» Aktiviti mental

» Semangat

Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli kumpulan. Pengurusan dalaman Krew Pengakap Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak Krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli Pengakap Kelana yang menguruskan hubungan antara Krew Pengakap Kelana dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Pengakap Kelana.