Monday, March 30, 2009

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Pengakap Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

Segalanya terletak di tangan anda.

Program Latihan Pengakap Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:

» Perkhidmatan

» Sosial

» Cabaran luar

» Aktiviti mental

» Semangat

Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli kumpulan. Pengurusan dalaman Krew Pengakap Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak Krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli Pengakap Kelana yang menguruskan hubungan antara Krew Pengakap Kelana dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Pengakap Kelana.

1 comments:

Anonymous said...

berdasarkan kepada undang-undang pengakap dan persetiaan pengakap. didapati tiada unsur keseronokan atau kepuasan melancong sebagai salah satu unsur yang membawa kepada kejayaan sesebuah persatuan pengakap.daripada permerhatian saya juga, pengakap kelana daerah perak tengah juga bukanlah sebuah kelana yang mempunyai pencapaian yang benar-benar membanggakan ahli mahupun persatuan pengakap secara amnya. candangan saya, pengakap kelana angkasa perlu mencari inisiatif menaikkan sasiah dan memperbaiki sikap ahli terlebih dahulu kerana ia merupakan kunci kejayaan sesebuah organisasi. jesteru marilah renungkan bersama, janganlah kita hanya mengejar nama atau populariti tanpa memikirkan kualiti dan kemampuan sebenar yang ada pada kita. ingatlah komen ini untuk pembangunan kelana angkasa yang tercinta.salam pembangunan.