Sunday, January 24, 2010

Mesyuarat Agung Tahun 2010 Kali Ke-3

Pada 23 Januari 2010 bertempat di Kem Kota Layang-layang Kiri Bota, Perak Darul Ridzuan telah berlangsungnya satu Mesyuarat Agung kali ke-3. Persekutuan Pengakap Kelana Perak Tengah telah diberikan mandat untuk mengelolakan program ini. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan mengenai program-program yang akan diadakan sepanjang tahun 2010 dan perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru. Tempat perjumpaan ini telah ditukar pada saat-saat akhir setelah semua persiapan siap dijalankan kerana mengalami beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat ini berjalankan dengan lancar dan Penolong Pesuruhjaya Daerah Pengakap Kelana trut hadir memeriahkan majlis ini iaitu Badrul Hisham B. Azmi.
Jamuan makan selepas mesyuarat.
Antara ahli Kelana wanita.
Dalam kekenyangan.


0 comments: